salam sejahtera dan salam semalaysia buat umat2 yang sudi meletihkan mata menjenguk blogku yang baru berusia beberapa jam ni..
pada mulanya aku tertanya2 jugak..ape perlunya aku wat blog ni..ape kepentingannyer..aper kelebihannyer..keburukannya..dan lain2 hal yang berkaitan..
namun setelah aku menung ayam dan berpikir,maka aku pun membuat keputusan nekad untuk membina blog yang serba kekurangan ini..lalu aku pun memulakan langkahku tapak demi tapak..dan sekarang,sebuah laman untuk aku menghampar rasa dihati sudahpun tersedia..
sebenarnya idea untuk menjadikan blog sbagai wadah untuk berbicara tercetus apabila aku takder teman berbicara bila mata aku ni mogok taknak tidur tengah2 malam..so..pada hemat aku,better aku merepek kat sini dari aku mencapai henfon dan mula menganggu gugat teman2 sekalian.
at first,(wlaupun dah berada d tengah perenggan) aku ingin memohon sokongan kalian terhadap blog ini..hamba ini saudara baru..salah dan silap tulung khabarkan..dan aku jugak ingin memohon beribu keampunan dan maaf sekiranya ade d antara entri2 aku selepas ini yang mungkin akan menyentuh beberapa topik yang kurang enak, ataupun tersalah memberi info dan fakta..aku ni tersangat kuat merepek..jadi,tak mustahil akan ader entri2 yang sengal bakal aku coretkan di sini nanti..almaklumlah kadang2 aku membuat sesuatu mengikut kata hati yang dusta..jika ada pihak2 tertentu yang bakal aku sentuh dalam entri seterusnya,aku meminta izin terlebih dahulu untuk menyiarkan khabar tersebut..harap2 diizinkan lah dengan murah hati..
okey lah..sekadar ini sahaja buat kali ini..untuk pengetahuan semua, bahasa2 yang bakal digunakan adalah berdasarkan mood dan angin aku..so kalau ade yang agak kasar tu..aku mintak maap awal2 erk..
sekian,wabillahitaufiqwalhidayah wassalamualaikumwarahmatullahi wabarokatuh..